Monday, May 4

Cara Memilih Sayur-sayuran

Panduan mengenai sayur-sayuran :

  • Pilih sayuran berdaun dengan tekstur yang teguh dan warna yang cantik.
  • Pilih sayuran jenis akar dan buah yang teguh dan berwarna cerah.
  • Elakkan daripada mengambil sayuran jenis buah yang lebam dan yang mempunyai kulit yang pecah.
  • Balut sayuran dengan kertas yang bersih dan kering sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.
  • Bayam dan brokoli boleh tahan sehingga lima hari jika disimpan dalam bahagian penyimpan sayuran atau buah-buahan di peti sejuk.
  • Kobis pula boleh disimpan lebih lama jika ia dibiarkan kering dalam suhu bilik sebelum disimpan dalam peti sejuk.
  • Sayuran mesti dibersihkan secara menyeluruh dengan beberapa kali tukaran air sebelum dimasak atau dimakan. Potong sayuran hanya selepas ia dibersihkan untuk mencegah kehilangan nutrien ke dalam air.
  • Sayur-sayuran yang segar dari pasar adalah yang terbaik. Sayuran dalam tin boleh dimakan sekali-sekala.


Dr Tee E Siong ialah Pengerusi Panel Penasihat Program Permulaan Pemakanan Ceria (BRIGHT START Nutrition) dan Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia.

No comments: