
Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA).
- Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón.
- Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.
- Futsal dimainkan oleh 5 orang dalam satu pasukan.
- Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol.
- Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil.
- Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa.
- Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik.
- Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat.
- Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali.
Kasut Futsal
- Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua.
- Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua.
- Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.

- Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat.
No comments:
Post a Comment