Thursday, May 7

Berat Badan @ Badan Berat ??


Carta Berat Badan & Ketinggian Yang Ideal

Lelaki

Wanita

158 cm 51-64 kg

150 cm 44-55 kg

160 cm 52-66 kg

153 cm 45-57 kg

163 cm 54-69 kg

155 cm 47-59 kg

165 cm 55-70 kg

158 cm 48-61 kg

168 cm 57-71 kg

160 cm 49-63 kg

170 cm 59-73 kg

163 cm 50-64 kg

173 cm 61-75 kg

165 cm 52-66 kg

175 cm 63-77 kg

168 cm 53-67 kg

178 cm 64-79 kg

170 cm 55-70 kg

180 cm 66-81 kg

173 cm 57-73 kg

183 cm 68-84 kg

175 cm 59-75 kg

185 cm 70-86 kg

178 cm 61-77 kg

188 cm 72-88 kg

180 cm 63-79 kg



THE BODY MASS INDEX (BMI)


Index Berat Badan

(Merupakan kaedah untuk mengenalpasti berat badan yang sihat)

BMI Formula BMI ( kg/m² ) =berat dalam kilogram / tinggi dalam meter²


Contoh : Berat badan 50 kg dengan tinggi badan 160 cm = 50 kg /(1.6 X 1.6) = 19.53 BMI

Nilai BMI

Status

<18.5

Underweight

18.5 - 22.9

Normal

23 - 25.9

Overweight

26

Obesiti

Wednesday, May 6

Fútbol de salón





Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA).

  • Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón.
  • Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.

Padang Futsal
  • Futsal dimainkan oleh 5 orang dalam satu pasukan.
  • Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol.
  • Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil.
  • Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa.


  • Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik.
  • Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat.
  • Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali.

Kasut Futsal

  • Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua.
  • Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua.
  • Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.
  • Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat.

Monday, May 4

Cara Memilih Sayur-sayuran

Panduan mengenai sayur-sayuran :

  • Pilih sayuran berdaun dengan tekstur yang teguh dan warna yang cantik.
  • Pilih sayuran jenis akar dan buah yang teguh dan berwarna cerah.
  • Elakkan daripada mengambil sayuran jenis buah yang lebam dan yang mempunyai kulit yang pecah.
  • Balut sayuran dengan kertas yang bersih dan kering sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.
  • Bayam dan brokoli boleh tahan sehingga lima hari jika disimpan dalam bahagian penyimpan sayuran atau buah-buahan di peti sejuk.
  • Kobis pula boleh disimpan lebih lama jika ia dibiarkan kering dalam suhu bilik sebelum disimpan dalam peti sejuk.
  • Sayuran mesti dibersihkan secara menyeluruh dengan beberapa kali tukaran air sebelum dimasak atau dimakan. Potong sayuran hanya selepas ia dibersihkan untuk mencegah kehilangan nutrien ke dalam air.
  • Sayur-sayuran yang segar dari pasar adalah yang terbaik. Sayuran dalam tin boleh dimakan sekali-sekala.


Dr Tee E Siong ialah Pengerusi Panel Penasihat Program Permulaan Pemakanan Ceria (BRIGHT START Nutrition) dan Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia.